


Swift Sport menggunakan enjin petrol 1.6L VVT.Sport Rim alloy 16" yang cukup menawan.Bahagian dalam di hiasi dengan 'RECARO Bucket Seat'.Terdapat dalam 2 pilihan warna iaitu putih mutiara dan kuning.
Didatangkan dalam versi manual dan automatik.Bagi anda yang mementingkan prestasi saya cadangkan versi manual.Harga atas jalan bagi versi manual ialah RM99,888.00.Dengan 5 kelajuan gear pasti memberikan kepuasan pemanduan yang maksimum. Kuasa kuda 125hp/6,800 rpm.
Bagi versi automatik pula harga atas jalan ialah RM105,888.00.Menggunakan enjin yang sama dengan versi manual.
Kedua-dua versi mempunyai 6 beg udara. Cakera brek blakang dan depan yang dilengkapi dengan sistem EBD(Electronic Brake Distribution),ABS(Anti-lock Bracking System) dan BA(Brake Assist).



